Program Kejuruteraan Mekanikal
Program Kejuruteraan Mekatronik [ Tahap 2 ]
Program Kejuruteraan Mekatronik Tahap 2 memberi pendedahan asas kepada pelajar dalam bidang automasi dan sistem kawalan yang menggabungkan elemen mekanikal, elektrik dan elektronik. Pelajar akan mempelajari kemahiran asas seperti pemasangan komponen, penyelenggaraan sistem serta pengendalian peralatan industri. Latihan praktikal turut diberikan bagi memastikan pelajar memahami aplikasi sebenar di tempat kerja.Program ini sesuai untuk pelajar yang ingin membina asas kukuh sebelum melangkah ke tahap yang lebih tinggi dalam bidang mekatronik.
Info Ringkas :
Tempat
Mentakab (HQ)
Tempoh
7 Bulan
Intake
April - Julai
Syarat Kemasukan :
- Berumur 15 – 25 tahun
- Tidak rabun warna
- Boleh membaca, menulis dan mengira
- Berminat dengan bidang yang dipilih
Permohonan Kemasukan :
Program Kejuruteraan Mekatronik [ Tahap 3 ]
Program Mekatronik Tahap 3 merupakan lanjutan daripada tahap asas yang memberi fokus kepada kemahiran lebih kompleks dalam sistem automasi dan kawalan industri. Pelajar akan didedahkan dengan penggunaan teknologi seperti PLC, sistem kawalan lanjutan serta troubleshooting dalam persekitaran industri sebenar. Penekanan diberikan kepada penyelesaian masalah, kecekapan teknikal dan kesiapsiagaan untuk memasuki alam pekerjaan. Graduan tahap ini mempunyai peluang yang lebih luas untuk bekerja dalam sektor industri sebagai juruteknik mahir dalam bidang automasi dan mekatronik.
Info Ringkas :
Tempat
Mentakab (HQ)
Tempoh
9 Bulan
Intake
April - Julai
Syarat Kemasukan :
- Berumur 15 – 25 tahun
- Tidak rabun warna
- Boleh membaca, menulis dan mengira
- Berminat dengan bidang yang dipilih
Permohonan Kemasukan :
